Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Astro tak boleh naikkan harga??

sumber gambar: Google
Aku rasa sure ramai yang tak puas hati dengan pengumuman Astro untuk naikkan kadar bayaran bil langganan pakej Astro. Antara alasan yang aku dengar adalah Astro sesuka hati naikkan caj sebab dia satu-satunya pembekal satelit tv kat Malaysia ni.

Kalau tanya aku, pada aku benda ni subjektif. Kalau korang perasan, Astro buat pengumuman tu selepas TNB naikkan kadar tarif elektrik. Boleh baca post tu kat sini. So nak cover kadar bil elektrik yang perlu ditanggung Astro dah tentu meningkat. Tambah lagi dengan caj penyelenggaran yang naik. Sedangkan bila harga tepung, gula naik, harga roti canai, teh tarik pun boleh naik 10sen.

Tapi aku tak berpihak pada mana-mana pun. Ni sekadar opinion aku. Anyway, ada berita baik untuk semua. Aku petik dari Berita Harian khusus untuk korang.

KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, isu tarif itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.

"Saya bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini. - BERNAMA
sumber: berita harian online

5 komen:

Hafiz said... Best Blogger Tips

Astro kadang2 je tengok huhu sebok keje je

Azreem said... Best Blogger Tips

@HafizHahahha..sama la ngan aku pun..mlm je..itu pun kadang2... ;p

tia @ Ini Kisah Tia said... Best Blogger Tips

apa daaa . astro asyik2 ulang tayang cerita yang sama . takde mende pun ..

Azreem said... Best Blogger Tips

@tia @ Ini Kisah Tia hahahah..yg tu memang betul..sebab tu la dulu dah cancelkan pakej Movies..langsung tak best..

velasrizal said... Best Blogger Tips

padan muka astro..

Post a Comment

Bagi la komen sikit yer..

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...