Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Tayangan Hikayat Merong Mahawangsa


Tak sabar nak tunggu filem 'Hikayat Merong Mahawangsa' ditayangkan nanti. Filem yang diterbitkan oleh KRU Studios ni akan ditayangkan serentak disemua pawagam bermula 10 Mac 2011. Dah banyak review tentang pembikinan filem ini dibuat antaranya TV3 dan HotFM.

Apa yang paling menarik hati aku nak tengok filem ni ialah aksi lagak ngeri dalam semua diarahkan oleh stuntman dari Hong Kong, iaitu stuntman yang sama terlibat dalam filem lakonan Jackie Chan. Tapi nama pengarah stuntman tu tak ingat. Sila google :P

Hikayat Merong Mahawangsa mengisahkan tentang negara Rom yang pada ketika itu merupakan empayar yang kuat dan telah memperluaskan kuasa pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Angkatan Rom telah meminta pertolongan Merong Mahawangsa untuk mengiringi Putera Rom ke negara China untuk mengahwini puteri China dari Dinasti Han kerana kapal mereka sedang dibaiki di Goa.

Tapi puak Garuda telah menculik Puteri China itu dan menjadikannya sebagai tebusan. Merong Mahawangsa dan angkatannya telah diserang dipenghujung perairan Selat Melaka. Dipenghujung cerita ini, dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China itu dan seterusnya menyatukan Putera Rom dan Puteri China?

Sama-samalah kita nantikan filem ini nanti. Jangan lupa tonton kat wayang. Sokong industri perfileman Malaysia :) Sementara itu, jom layan trailer filem ni..



Sumber: krustudios

3 komen:

fADzly (wAK) said... Best Blogger Tips

putera rom tu nampak lembik..

Azreem said... Best Blogger Tips

dah namanya putera..hahaha

Reen Tart Nenas said... Best Blogger Tips

nanti kite tgk yerrr

Post a Comment

Bagi la komen sikit yer..

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...