Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Skuad Harimau Malaya semakin mengganas tahun 2011

Hidup Malaysia!! Hehehe..laungan semangat aku tujukan buat skuad bola sepak Malaysia. Harapnya tahun 2011 ni dapat mencatat satu lagi sejarah baru bola sepak negara. Dah berapa tahun lamanya skuad bola sepak Malaysia dirundum masalah prestasi yang tak menentu. Tapi nampaknya semuanya tu dah berubah dibawah bimbingan Datuk K. Rajagopal dan Ong Kim Swee.

Skuad Olympic Malaysia telah layak ke pusingan seterusnya Olympic 2012 di London setelah mengalahkan Lubnan dengan aggregat 2-1 pada 23 Jun 2011. Kali terakhir Malaysia layak ke sukan Olympic ialah pada tahun 1972 di Munich (pusingan pertama) dan 1980 di Moscow (tidak mengambil bahagian kerana memboikot sukan Olimpik).

Selain itu, Malaysia juga berjaya mengalahkan China Taipei 2-1 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia bertarikh 29 Jun 2011. Malaysia akan bermain di tempat pihak lawan pada 3 Julai 2011 ini. Semoga Malaysia akan terus mempamerkan aksi Harimau Muda dan terus menunjukkan taring yang ganas..hehehe..

p/s: Malaysia tanah tumpah darahku.. ;)

                          Malaysia menewaskan Lubnan 2-1 kelayakan Olimpik 2012

                      Malaysia menewaskan China Taipei 2-1 pada kelayakan Piala Dunia 2014

Kita jangan sekali-kali lupakan yang lama walaupun dah ada yang baru. Kat bawah ni aku letakkan sekali video skuad Malaysia semasa menewaskan Korea Selatan 3-0 pada kelayakan sukan Olimpik 1980, Munich.

                      Malaysia menentang Korea Selatan pada kelayakan Olimpik 2012

0 komen:

Post a Comment

Bagi la komen sikit yer..

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...