Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Kadar tarif elektrik naik 7.12%

Kadar tarif elektrik akan naik sebanyak 7.12% di seluruh Semenanjung Malaysia bermula esok (1 Jun 2011).

Dengan itu, purata kadar tarif lama iaitu 31.31 sen per kilowatt jam (kWh) akan meningkat kepada 33.53 sen. Tapi kadar baru ini hanya dikenakan kepada pengguna yang menggunakan lebih daripada 300kWh setiap bulan. Pengguna yang dibawah 300kWh setiap bulan akan menikmati kadar tarif lama, iaitu sekitar 21.8 sen ke 33.4 sen.

Faktor kenaikan kadar tarif elektrik ini disebabkan oleh kenaikan harga gas sebanyak RM3, iaitu dari RM10.70 setiap MMBtu kepada RM13.70 setiap MMBtu. Kadar gas akan meningkat setiap 6 bulan bermula esok sehingga 2015, jadi ada kemungkinan besar setiap 6 bulan kadar baru tarif elektrik akan dikenakan.

Jadi lepas ni, diharapkan semua rakyat Malaysia dapat menjimatkan bil elektrik dan elakkan penggunaan elektrik yang sia-sia.


Antara lain penstrukturan tarif elektrik yang diumumkan oleh Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau ialah:


1. Kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif asas sebanyak dua peratus. Semakan diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik semasa serta membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur yang lebih baik.

2. Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi storan tenaga termal daripada 1.5 sen kWj kepada 3.5 sen kWj.

3. Memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan.

4. Syarikat rawatan dan pengagihan air serta pembentungan diletakkan di bawah kategori tarif industri.

5. Mengekalkan tarif khas pertanian yang mula diperkenalkan pada tahun 2006.

6. Kerajaan memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu. Kutipan ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan

Maklumat lanjut mengenai tarif baru elektrik 2011 boleh diperolehi disini.

Info: Berita harian dan the Star

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...