Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Showing posts with label handphone. Show all posts
Showing posts with label handphone. Show all posts

Handphone dual sim keluaran Nokia

Salam hormat pembaca blog semua. Hari ni aku nak share sikit cerita pasal handphone baru keluaran Nokia yang mempunyai keupayaan dwi-sim (dual sim). Sebelum ni, handphone dual sim cuma boleh dapat daripada kebanyakan handphone buatan China. Rasanya Samsung je antara company besar yang berani invest dalam fungsi dwi sim ni.

Jadi mungkin Nokia rasa sedikit tergugat dengan kedudukan sekarang, dengan itu lahirlah model baru yang yang diberi nama Nokia C2-03. Model ini dikendalikan oleh sistem operasi Series 40, yang mana Series 60 merupakan operasi sistem untuk model Symbian.  Selain berkeupayaan dual sim, Ia turut menggabungkan teknologi Touch and Type (tekan dan taip).

Antara spesifikasi Nokia C2-03:

Berat: 118g
Saiz: 103mm x 51.4mm x 17mm
Skrin: 240x320 (64k colours)


Pengguna juga dapat menggunakan perisian GPS secara offline dan PERCUMA! Nokia Maps ditawarkan secara percuma dan menggunakan kedudukan menara pemancar telefon untuk menentukan kedudukan. Kelebihannya ialah penggunaan batteri yang kurang berbanding menggunakan GPS semasa navigasi.

Nokia C2-03 dijangka akan mula dipasarkan pada 2Q atau 3Q 2011 dengan harga pasaran masih belum diketahui. Mungkin harga tidak semahal mana sebab cuma menggunakan Series 40 dan sasaran untuk market sederhana. Kita tunggu announcement nanti..
baca lagi >>

Khabar angin mengenai IPhone 5

Khabar angin #1: Cip NFC untuk pembayaran secara wireless

Mengikut sumber, Apple akan memasang cip Near Field Communication (NFC) di dalam IPhone 5 yang akan datang. Apple mensasarkan untuk membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan hanya menggunakan IPhone.

Menurut Apple juga, teknologi ini telah lama wujud. Teknologi ini cuma perlu diperkenalkan dan dipasang di dalam kedai. Dengan itu, bakal pengguna IPhone 5 boleh keluar berjalan-jalan tanpa membawa wang tunai. Semua pembayaran dilakukan dengan mengimbas IPhone 5 kepada pembaca NFC. Bila teknologi ini diperkenalkan, mungkin akan ada pelekat ditingkap kedai berbunyi 'IPhone diterima'..Hehehehe...

Tetapi di Malaysia, aku kurang pasti berapa banyak kedai yang akan turut serta untuk turut pasang pembaca NFC jika teknologi ini diperkenalkan nanti. Mungkin Carrefour, Giant, Tesco boleh jadi yang pertama kot..

Khabar angin #2: Bentuk yang sama, tetapi berlainan 


Ada khabar angin mengatakan IPhone 5 akan mempunyai bentuk yang sama dengan IPhone sebelumnya, tetapi bahagian panel belakang IPhone akan dibuat daripada kaca dan besi, mengambil rekaan seakan-akan Macbook Airs yang baru dilancarkan.

Sementara itu, bahagian hadapannya akan mempunyai skrin yang lebih besar dari keluarga IPhone yang sebelumnya.

Sumber juga mengatakan IPhone 5 telah pun sedia untuk diperkenalkan. Unit awal telah pun dihantar ke kilang Foxconn di China untuk pengeluaran secara besar-besaran..

Kita nantikan pengumuman rasmi Apple untuk IPhone 5....
baca lagi >>

Google Voice Search versi Bahasa Melayu

Melayari internet menggunakan telefon mudah alih kini lebih mudah untuk rakyat Malaysia. Enjin carian terkemuka, Google telah melancarkan aplikasi Google Voice Search dalam versi Bahasa Melayu. Sehingga kini, Google telah memperkenalkan sehingga 19 bahasa dan sedia untuk digunakan.

Apa sebenarnya tujuan aplikasi ini? Melalui aplikasi ini pengguna telefon mudah alih boleh membuat carian melalui Google dengan hanya menyebut perkataan carian dalam Bahasa Melayu. Sungguh mudah dan menarik bukan? Statistik menunjukkan rakyat Malaysia banyak melayari internet menggunakan telefon mudah alih dan ini pasti membantu pengguna dalam membuat carian lebih cepat tanpa perlu menaip.



Untuk menggunakan aplikasi ini, pengguna tidak perlu memuat turun sebarang aplikasi pengecaman pertuturan (speech recognition) tambahan kerana suara akan diproses melalui internet. Lebih ramai pengguna, lebih mudah pengecaman suara dilakukan. Selain melakukan carian perkataan, pengguna juga boleh membuat carian peta, gambar, lokasi dan bermacam lagi.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya tersedia untuk Android 2.1, 2.2, 2.3, IPhone dan Blackberry. Pengguna Symbian tidak dapat menggunakan aplikasi ini. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu menekan ikon   VS dan mula bercakap bagi pengguna Android dan IPhone manakala pengguna Blackberry boleh menekan butang panggilan beberapa saat dan boleh bermula.

Jadi, kepada rakyat Malaysia, dapatkan perisian ini cepat..Hehehehe...aku pun nak download lepas ni..Sesiapa yang dah cuba aplikasi ini, kongsi la pandangan anda diruangan komen yer..
baca lagi >>

Perhatian kepada pengguna IPhone 4

Hari ni semasa aku bersembang dengan seorang member sambil membelek IPhone 4 member aku tu, aku dapat tau bahawa IPhone 4 ni ada masalah dengan masalah penerimaan isyarat. Sebelum ni aku memang dah perasan bila aku compare isyarat telefon Nokia E66 dengan IPhone 3GS sebelum ni, ada sedikit perbezaan walaupun aku ditempat yang sama. Macam mana aku buat perbandingan? Kalau Nokia E66 boleh dapat full bar, tapi dekat IPhone 3GS cuma dapat dalam 2-3 bar, tak kira samaada aku guna rangkaian 2G atau 3G.

Tapi aku tak tau la kenapa dia jadi macam tu, dan sebab tu la aku tak beli IPhone (alasan je padahal tak cukup duit :p) Bila member aku cerita tentang masalah IPhone 4 ni, rupanya dia disebabkan oleh kedudukan antenna yang terletak dekat bahagian bawah kiri IPhone dan juga sisi badan yang diperbuat daripada besi.

Sisi antenna IPhone 4
Masalah penerimaan akan timbul bila anda pegang IPhone menggunakan tangan kiri. Tapak tangan akan menghalang isyarat penerimaan kerana kulit kita bertindak sebagai konduktor. Aku pun cuba la menutup bahagian bawah kiri IPhone 4, kebetulan pula aku memang kidal, memang isyarat akan turun sebanyak 1-2 bar dari asal. Jadi macam mana nak atasi masalah ni? Cuma ada 3 cara je. Iaitu:

1. Guna cover getah IPhone (getah bersifat bukan konduktor)
2. Pegang IPhone dengan tangan kanan (tapak tangan tak akan kena bahagian kiri bawah IPhone)
3. Jangan guna IPhone ;p

So, kepada pengguna IPhone 4 atau bakal pengguna, sila ambil maklum masalah ini. Kepada yang dah tahu, baguslah. Aku sekadar nak berkongsi apa yang aku dapat.

Jika korang berminat nak baca report lengkap, boleh refer kat engadget.com. Kat situ ada buat review, rakaman testing dan juga ada reply email dari Apple tentang isu ni. Tapi Apple juga ada buat pengumuman rasmi dekat laman web dia. Boleh baca dekat sini.

Yang mana jawapan betul, aku pun tak tau.Sesiapa yang ada IPhone 4, boleh la cuba test lagi.

Sumber: engadget
baca lagi >>

Anda Nak SMS Percuma?

Jika anda merupakan seorang pengguna handphone yang sering menghantar sms kepada rakan-rakan, mungkin dalam lingkungan 100-200 sms sehari, pasti anda perasan bahawa bill atau prepaid anda sentiasa tinggi. Jadi, bagaimana anda dapat menghantar sms secara PERCUMA setiap hari? Whatsapp adalah jawapannya.


Whatsapp

Whatsapp merupakan satu aplikasi pelbagai platform berasaskan handphone yang membolehkan anda menghantar sms tanpa perlu membayar caj sms. Aplikasi ini boleh digunakan untuk semua handphone IPhone, Blackberry, Android dan juga Nokia. Aplikasi ini akan menggunakan data untuk menghantar semua pesanan anda. Jadi, jika anda telah melanggan pakej data untuk handphone anda, anda boleh menghantar sms percuma menggunakan aplikasi ini.

Konsep aplikasi ini lebih kurang sama dengan Blackberry messenger (BBM). Tapi untuk BBM, anda perlu mempunyai Blackberry dan code BBM rakan anda untuk boleh menghantar pesanan ringkas kepada rakan BBM anda. Kekurangannya ialah hanya rakan yang mempunyai Blackberry sahaja yang boleh menerima pesanan anda.

Dengan Whatsapp, anda hanya perlu install aplikasi ini ke handphone anda, secara automatik aplikasi ini dapat mengenalpasti rakan-rakan anda yang telah mempunyai aplikasi yang sama. Yang baiknya ialah menyokong pelbagai jenis handphone iaitu IPhone, Blackberry, Android dan Nokia. Aplikasi ini disediakan secara PERCUMA!!

Jadi, pada sesiapa yang belum mempunyai aplikasi ini, cepat-cepat install dan minta rakan-rakan anda untuk turut install aplikasi ini. Saya  pun dah install dan memang best!! Saya memang rekomenkan aplikasi ini..



 Sumber photo: Whatsapp
baca lagi >>

Promosi Handphone Samsung Ch@t 322



Post hari ni just nak share sikit info pasal handphone. Sebelum ni aku dan isteri jalan-jalan kat Sungai Wang sebab nak survey handphone untuk mak mertua. Kami ada cadangkan kat dia nak dapatkan handphone dual sim sebab mak mertua pakai dua nombor, Celcom dan Maxis. Jadi instead kena bawak dua phone, baik guna satu phone tapi boleh support dua line.

Phone dual sim ni ada dua jenis, iaitu 'dual sim standby' ataupun 'select standby'. Dual sim standby maksudnya kita boleh menerima panggilan menerusi kedua-dua sim secara serentak, manakala select standby, kita perlu menentukan terlebih dahulu sim yang hendak digunakan.

Kriteria kami ialah phone mesti dual sim standby. Macam kebanyakan orang tau, fungsi dual sim standby ni kebanyakan ada pada pada phone China je, dah la murah plak tu. Kalau ada nama-nama besar macam Samsung, Nokia, Sony Ericsson keluarkan, dah tentu harga tak boleh compare dengan phone China yang memang murah.

Tapi, Samsung telah mengeluarkan handphone dengan fungsi dual sim standby dengan harga yang mampu dimiliki. Kualiti handphone Samsung memang bagus dan interface juga dah banyak berubah berbanding dulu. Handphone itu ialah Samsung Ch@t 322, yang menggunakan rekabentuk QWERTY. 

Kami dah pun membeli phone tersebut dengan harga promosi, iaitu RM359. Memang berbaloi. Ada jugak orang komen yang phone tu tak boleh dual sim standby, kononnya Samsung tulis je lebih. Tapi kami dah test memang phone tu boleh menerima panggilan menerusi kedua-dua sim. Bila ada panggilan masuk, skrin akan menunjukkan sim yang menerima panggilan. Sama jugak untuk terima SMS.

Bila nak buat panggilan, kita cuma perlu pilih nak guna Sim 1 atau Sim 2 melalui butang 'select sim' pada sebelah kanan handphone. Lepas tu terus buat panggilan macam biasa. Memang mudah. Mak mertua aku pun dah pandai guna phone tu. Untuk spesifikasi phone, boleh klik sini.


Samsung juga ada buat promosi untuk telefon pintar model yang lain. Mungkin ini sejajar dengan belanjawan 2011 yang memansuhkan cukai telefon bimbit. Sesiapa yang berminat nak beli handphone Samsung baru, inilah masanya.. =)

p/s: saya bukan jual handphone hokey..cuma nak share info jer..
baca lagi >>

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca