 |
| Sumber gambar: bizjournals |
Jualan IPhone semakin meningkat naik mengatasi musuh utamanya, Android. Tapi Android masih merupakan platform kegemaran no.1 di pasaran U.S.
27% daripada telefon pintar yang dijual di U.S dari Mac 2011 ke Mei 2011 adalah terdiri daripada platform Android, yang dibangunkan oleh Google Inc. Jumlah pembeli IPhone meningkat kepada 17% pada bulan Mei 2011 berbanding 10% pada bulan yang sama tahun lepas.
Sementara IPhone dan Android semakin menguasai pasaran, Blackberry dan Nokia sedang bekerja keras untuk menaikkan semula pasaran mereka.
baca lagi >>
Khabar angin #1: Cip NFC untuk pembayaran secara wireless
Mengikut sumber, Apple akan memasang cip Near Field Communication (NFC) di dalam IPhone 5 yang akan datang. Apple mensasarkan untuk membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan hanya menggunakan IPhone.
Menurut Apple juga, teknologi ini telah lama wujud. Teknologi ini cuma perlu diperkenalkan dan dipasang di dalam kedai. Dengan itu, bakal pengguna IPhone 5 boleh keluar berjalan-jalan tanpa membawa wang tunai. Semua pembayaran dilakukan dengan mengimbas IPhone 5 kepada pembaca NFC. Bila teknologi ini diperkenalkan, mungkin akan ada pelekat ditingkap kedai berbunyi 'IPhone diterima'..Hehehehe...
Tetapi di Malaysia, aku kurang pasti berapa banyak kedai yang akan turut serta untuk turut pasang pembaca NFC jika teknologi ini diperkenalkan nanti. Mungkin Carrefour, Giant, Tesco boleh jadi yang pertama kot..
Khabar angin #2: Bentuk yang sama, tetapi berlainan
Ada khabar angin mengatakan IPhone 5 akan mempunyai bentuk yang sama dengan IPhone sebelumnya, tetapi bahagian panel belakang IPhone akan dibuat daripada kaca dan besi, mengambil rekaan seakan-akan Macbook Airs yang baru dilancarkan.
Sementara itu, bahagian hadapannya akan mempunyai skrin yang lebih besar dari keluarga IPhone yang sebelumnya.
Sumber juga mengatakan IPhone 5 telah pun sedia untuk diperkenalkan. Unit awal telah pun dihantar ke kilang Foxconn di China untuk pengeluaran secara besar-besaran..
Kita nantikan pengumuman rasmi Apple untuk IPhone 5....
baca lagi >>