Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Mazda 2 idaman ku...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia pembaca blog reemreen. Harap korang semua sihat walafiat serta sentiasa dalam kesenangan. Hehehe..

Hari ni aku berpeluang berjalan-jalan dengan isteri kat Wangsa Walk. Tujuan utama untuk tengok Transformer 3 sebab kami antara yang terlambat menonton. Ini juga merupakan kali pertama kali datang ke sini sebab kami tak pernah sampai pun kat Wangsa Walk..kesiannye kat kami..ahhaha...

Tapi topik utama nak cerita hari ni bukan pasal review Transformer 3 atau Wangsa Walk, tapi sebab aku terjumpa Mazda 2 sedan yang dipamerkan dalam tu. Ntah macam mana tetiba aku macam dah jatuh hati dengan Mazda 2 sedan ni. Aku sebelum ni memang tak berapa gemar sangat dengan Mazda 2 hatchback sebab design nampak macam 'Transformer' jugak la.. ;p Tapi Mazda 2 sedan ni nampak agak menarik jugak la..

Camne dengan harga? Korang boleh tengok kat gambar bawah ni..

Harga Mazda 2 sedan





Mazda 2 digerakkan oleh enjin MZR 1.5 liter yang mampu menghasilkan kuasa kuda 103 bhp pada 6000 rpm dan torque 135 Nm pada 4000 rpm. Kalau nak dibandingkan dengan Toyota Vios 1.5G, kuasa yang mampu dihasilkan ialah 109 bhp pada 6000 rpm dan torque 141 Nm pada 4200 rpm. Nampaknya Vios 1.5 lagi bertenaga dari Mazda 2..

Sistem steering kereta ini adalah daripada EPS (Electronic Power Steering), lebih bagus dari steering konvensional. Steering EPS menjamin sistem pemanduan yang lebih stabil kepada pemandu sebab steering akan jadi semakin berat apabila kita memandu kereta dengan laju.

Warna yang ada bagi jenis sedan adalah Cool White, Metropolitan Grey, Sparkling Gold, Highlight Silver dan Black Mica. Warna pilihan aku dah tentulah Cool White, sebab nampak besar dari luar dan kereta putih ni dia kurang panas berbanding kereta warna gelap (ikut pengalaman aku)..

Sekarang ni aku dah pasang angan-angan nak beli Mazda 2 pulak. Memula aku plan dengan wife nak beli Forte 6 speed tu, warna putih la. Tapi sekarang ni dua-dua pun dah tak tau nak pilih mana...Adoi..Dari segi harga, rasanya tak banyak beza sangat.

Syarikat Bermaz (Berjaya Mazda) yang merupakan pengedar tunggal Mazda di Malaysia menawarkan promosi menarik sempena 2011 ni. Mazda 2 sedan ditawarkan dengan harga RM77,000 dengan interest 2.55% setahun untuk tempoh pinjaman 5-9 tahun. Maklumat lanjut korang klik la kat sini.

Mazda turut menawarkan promosi servis percuma selama 3 tahun. Servis percuma akan merangkumi kos buruh serta alat ganti kereta. Aku rasa ni satu promosi yang amat bagus sebab 3 tahun tak perlu keluarkan duit untuk buat maintenance kereta. Banyak boleh save duit camtu..

Doakanlah aku dapat buat pilihan wajar antara Mazda 2 sedan dan Forte 6 speed. Huhuhuhu...sekian untuk hari ni..

Mazda 2 idamanku..

4 komen:

fADzly (Wak Palik) said... Best Blogger Tips

kat tempat aku keje, ada staff pakai kete ni..
nampak pelik jgk aku tgk..

tp kan dlm range harga mcm tu, byk lg choice kereta selain 2 kereta tu, cuma kena rajin sikit survey tu je la..hehe

pd akula, kena kalau ada turbo + cvt/6speed, baru la sedap dan save minyak..

Reen Tart Nenas said... Best Blogger Tips

erm, dua-dua pun nak. herm mazda la kot :) hehehe tapi dah insurance mahal giller, so kite pakai myvi je la :p lalala

fADzly (Wak Palik) said... Best Blogger Tips

ait, mana pegi vios nye?

Azreem said... Best Blogger Tips

@fADzly (wAK) hehehe..ada lagi la.. ;)

Post a Comment

Bagi la komen sikit yer..

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...