Baru-baru ini Bank Negara Malaysia telah mengumumkan beberapa syarat baru bagi bakal-bakal pemohon kad kredit. Ia mula berkuatkuasa serta merta pada 18 Mac 2011. Ini adalah salah satu langkah kerajaan dalam menangani masalah muflis dikalangan golongan muda. Walaupun mungkin ramai dah tau syarat-syarat ni, tapi aku ingin berkongsi dalam blog ni. Bak kata orang putih, '
Sharing is caring..'
Syarat 1. Untuk mendapatkan kad kredit baru memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.
Syarat 2. Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.
Syarat 3. Mereka yang sedia ada memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberi tempoh sehingga akhir tahun ini (2011) untuk menentukan pengeluar kad yang menjadi pilihan.
Syarat 4. Tempoh masa sekurang-kurangnya dua tahun diberikan kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang dibatalkan.
Syarat 5. Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan mereka dengan setiap pengeluar.
Contoh: Jika pendapatan tahunan anda RM36000, maka pendapatan bulanan anda adalah Rm3000, had maksimum kredit anda adalah Rm6000 sahaja!
Syarat 6. Bagi mereka yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan tempoh penangguhan selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baru ini.
 |
| sumber gambar: Berita Harian |
|
|
baca lagi >>
Hari ni semasa aku bersembang dengan seorang member sambil membelek IPhone 4 member aku tu, aku dapat tau bahawa IPhone 4 ni ada masalah dengan masalah penerimaan isyarat. Sebelum ni aku memang dah perasan bila aku compare isyarat telefon Nokia E66 dengan IPhone 3GS sebelum ni, ada sedikit perbezaan walaupun aku ditempat yang sama. Macam mana aku buat perbandingan? Kalau Nokia E66 boleh dapat full bar, tapi dekat IPhone 3GS cuma dapat dalam 2-3 bar, tak kira samaada aku guna rangkaian 2G atau 3G.
Tapi aku tak tau la kenapa dia jadi macam tu, dan sebab tu la aku tak beli IPhone (alasan je padahal tak cukup duit :p) Bila member aku cerita tentang masalah IPhone 4 ni, rupanya dia disebabkan oleh kedudukan antenna yang terletak dekat bahagian bawah kiri IPhone dan juga sisi badan yang diperbuat daripada besi.
 |
| Sisi antenna IPhone 4 |
Masalah penerimaan akan timbul bila anda pegang IPhone menggunakan tangan kiri. Tapak tangan akan menghalang isyarat penerimaan kerana kulit kita bertindak sebagai konduktor. Aku pun cuba la menutup bahagian bawah kiri IPhone 4, kebetulan pula aku memang kidal, memang isyarat akan turun sebanyak 1-2 bar dari asal. Jadi macam mana nak atasi masalah ni? Cuma ada 3 cara je. Iaitu:
1. Guna cover getah IPhone (getah bersifat bukan konduktor)
2. Pegang IPhone dengan tangan kanan (tapak tangan tak akan kena bahagian kiri bawah IPhone)
3. Jangan guna IPhone ;p
So, kepada pengguna IPhone 4 atau bakal pengguna, sila ambil maklum masalah ini. Kepada yang dah tahu, baguslah. Aku sekadar nak berkongsi apa yang aku dapat.
Jika korang berminat nak baca report lengkap, boleh refer kat
engadget.com. Kat situ ada buat review, rakaman testing dan juga ada reply email dari Apple tentang isu ni. Tapi Apple juga ada buat pengumuman rasmi dekat laman web dia. Boleh baca dekat
sini.
Yang mana jawapan betul, aku pun tak tau.Sesiapa yang ada IPhone 4, boleh la cuba test lagi.
Sumber: engadget
baca lagi >>
Salam semua kepada pembaca blog ini. Hari ini, aku nak berkongsi satu tips bagaimana kita hendak menguruskan kewangan supaya kita dapat mencapai 'Kebebasan Kewangan' pada satu hari nanti.
Kebebasan kewangan ni ada bermacam maksud, tapi pada aku, bila dah capai tahap ni, maksudnya kita akan sentiasa ada wang masuk secara pasif, tidak bergantung hanya kepada gaji dan juga kita tidak akan risau sekiranya kita tidak mampu bekerja kerana wang simpanan mampu untuk menanggung perbelanjaan harian.
Tips pengurusan kewangan ni aku dapat daripada sifu Razif Yusof. Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang pengurusan serta telah menerbitkan beberapa ebook mengenai pengurusan kewangan. Terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi tips ini dengan aku. Teknik ini dipanggil Formula 70/30 menjana kekayaan.
Apa dia Formula 70/30 Menjana Kekayaan?
Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian:
70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga
ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda. Anda boleh melakukannya dengan penjimatan yang realistik.
Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan, anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut.
Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!
-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma ke masjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagiaan dan digandakan!
-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes. Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus, beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.
-10% terakhir (RM200) anda SIMPAN untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.
Nota: Jika anda MENYIMPAN RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, SIMPANAN anda bakal mencecah:
>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)
Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik diatas untuk masa depan anda.
Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen. Ini kerana mereka tiada lebihan wang untuk disimpan.Ini mungkin juga kerana mereka terlalu boros dan tidak pernah terfikir untuk berjimat demi masa depan.
Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, saya sarankan kepada anda, sila ikut Formula 70/30 mulai hari ini. Mulakan PENJIMATAN hari ini juga untuk mulakan SIMPANAN anda.
baca lagi >>