Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Tuntutan royalti RM200 juta?

Sambil-sambil layan internet, aku terbuka satu berita menarik mengenai tuntutan wang royalti tv daripada ahli keluarga arwah P.Ramlee yang berjumlah hampir RM200 juta. Banyaknye..huhuhu..


Tuntutan itu dibuat terhadap Shaw Brothers Studio kerana sehingga kini filem-filem ciptaan P.Ramlee masih ditayangkan. Walaupun arwah P.Ramlee telah pergi, tetapi ahli keluarga beliau patut bersyukur kerana dapat menikmati hasil titik peluh beliau.

Menurut sumber, sehingga kini ahli keluarga tersebut cuma menerima RM200,000 duit royalti hasil daripada lagu-lagu P.Ramlee yang dimainkan.

Kontrak yang ditandatangani P.Ramlee bersama Shaw Brothers Studio hanya memberi hak terhadap penyiaran di panggung wayang sahaja. Jadi, sepatutnya memang ada royalti bila ada siaran tv menggunakan filem arahan beliau.

Harapnya ahli keluarga P.Ramlee berjaya mendapat royalti tersebut dan tidak akan lupa untuk sentiasa menjaga nama baik arwah P.Ramlee sebagai pengarah serta pelakon yang unggul.

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...