Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Gadis litar Jepun kembali ke Malaysia!!


Perlumbaan Super GT 2011 (Japan GT) pusingan ke 3 bakal berlangsung di Malaysia dari 17 - 19 Jun 2011 bertempat di Sepang International Circuit (SIC). Apa yang uniknya ialah Malaysia menjadi negara tunggal perlumbaan ini diadakan di luar negara Jepun. Hidup Malaysia!!

Tumpuan Super GT 2011 Sepang bukan terletak pada kehebatan kereta lumba sahaja, tetapi juga pada acara karnival, nyanyian, pertandingan dan dah tentunya gadis litar yang datang jauh nun dari Jepun..Hahahaha..arigato kozaimasss...

Perlumbaan utama terdiri daripada dua kategori iaitu GT500 dan GT200. Sesi kelayakan akan bermula pada 18 Jun dan perlumbaan akhir pada 19 Jun 2011. Kategori bagi perlumbaan sampingan adalah GT3/GT4 Asia Cup, Renault Megane Cup dan Toyota Vios Cup (Thailand).

Jadual perlumbaan Super GT 2011


Jadi, pada sesiapa yang berkesempatan nak menyaksikan perlumbaan Super GT 2011 di Sepang pada tarikh ni, boleh dapatkan tiket dengan harga RM100 (2 hari grand stand tiket). Tiket boleh dibeli disemua cawangan 7-Eleven atau secara online.

Aktiviti sepanjang perlumbaan untuk penonton

Sumber rujukan: CBT

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...