Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Internet terlaju di Malaysia??

Hari ni aku macam takde idea sangat nak post ape dekat blog aku ni. Biasanya aku suka share story yang pelik-pelik atau benda yang takde ilmiah sangat la, tapi kali ni aku rasa aku just nak share experience aku mengenai internet terlaju di Malaysia.

Korang semua tentu tau dekat Malaysia ni ada dua jenis capaian internet, iaitu wired dan wireless. Wired broadband dekat Malaysia ni rasanya ramai yang tau tentang Streamyx (TMnet), manakala wireless broadband sekarang ni dah banyak company offer. Dua jenis teknologi yang popular ialah 3G broadband (Maxis, Celcom, Digi, Umobile) dan yang terbaru Wimax (P1 dan Yes). Ada banyak lagi company dan jenis broadband yang ada, tapi aku cuma listkan yang aku rasa orang biasa dengar je.

Aku berpeluang untuk test broadband dari Yes 4G (YTL Comms), yang declare dorang ni internet terlaju berbanding 3G broadband. Dalam wikipedia, definisi 4G ialah capaian internet secara bergerak dengan kelajuan 100Mbps dan 1Gbps untuk statik. Tu yang buat aku terfikir nak test selaju mana internet Yes ni.

Camne aku buat ujian broadband Yes? Macam biasa guna Speedtest la. Sebabkan aku tinggal kat Puchong (Putra Perdana), jadi result ni valid untuk kawasan ni je. Tempat lain aku tak sure la camne. Aku buat test menggunakan beberapa server sebagai rujukan. Aku gunakan Yes USB dongle sebagai modem.

1. Kuala Lumpur


2. Seri Kembangan


3. Cyberjaya






4. Washington DC


 5. Singapore


 Kenapa aku test gunakan server dari Washington DC? Sebab kebanyakan internet hosting ada dekat Amerika Syarikat. So aku just nak test berapa laju capaian dari Malaysia ke server kawasan sana. Untuk Singapore pulak aku cuma nak test speed ke negara jiran terdekat.

Tapi kelajuan internet bukan segala-galanya. Kadang-kadang speed ada, tapi kualiti takde. So aku buat Pingtest pulak untuk tengok kualiti broadband Yes ni. Aku cuma test gunakan server Kuala Lumpur sebab dah ngantuk nak test banyak-banyak. Hahaha...


Result mungkin berbeza bila buat test berulang kali. Tapi yang ni result terbaik setelah aku buat sebanyak 3 kali test.

Jadi aku rasa kalau Yes dapat maintain speed macam ni bila user dah ramai, sure boleh lawan dengan Unifi nanti. Pelanggan boleh ada lebih banyak pilihan nak buat. Pada aku, aku prefer something yang portable, jadi aku boleh guna dekat mana-mana je.

Kalau korang semua ada idea nak share lagi tentang speed broadband korang kat mana-mana kawasan, mungkin boleh inform aku ke. At least aku rasa boleh buat reference untuk orang yang tengah nak buat pilihan nak guna broadband mana. Ataupun korang tinggal ke komen kat sini dan linkkan post ni kat blog korang. Jadi lebih ramai orang boleh tau tentang status speed broadband kat Malaysia ni.. :)

Itu ke kot...terima kasih.

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...