Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

IPhone 5 dan IPhone 4S dilancarkan?

Kalau korang ada baca post aku sebelum ni mengenai ciri-ciri tambahan pada IPhone 5, korang mungkin dah ada sedikit gambaran tentang expectation untuk model terbaru ini. Tapi tarikh pelancaran IPhone 5 masih lagi menjadi teka teki.

Berdasarkan kepada penganalisis-penganalisis dari luar negara, mereka menjangkakan IPhone 5 bakal dilancarkan pada bulan September 2011. Menurut sumber, IPhone 5 telah mencapai tahap akhir fasa percubaan dan bersedia untuk dilancarkan secara rasmi.

Belum pun habis cerita pasal IPhone 5, dengar cerita lagi Apple bakal melancarkan satu lagi IPhone baru pada tahun ini juga, diberi nama IPhone 4S. IPhone 4S ni dijangka akan dijual dengan harga yang lebih murah, sekitar USD$349.

Apa kelebihan IPhone 4S berbanding IPhone 4? IPhone 4S merupakan IPhone yang disasarkan untuk pengguna Prepaid tanpa perlu terikat dengan pakej atau kontrak rangkaian telefon. Maknanya, IPhone 4S ni dah tersedia 'unlocked'. Dari segi spesifikasi dan rekabentuk, tiada sebarang perubahan ketara. Lebih kurang macam masa upgrade dari IPhone 3G ke 3GS.

Berbalik kepada IPhone 5, antara perubahan ketara berbanding dengan IPhone 4 adalah penggunaan processor A5 yang lebih bagus, sama seperti yang ada dalam Ipad 2. Resolusi kamera juga ditingkatkan daripada 5MP kepada 8MP, saiz skrin yang lebih besar dan penggunaan iOS 5.

Setakat ni semuanya masih belum rasmi daripada Apple. Mungkin sebulan dua lagi kita akan dapat official announcement dari Apple mengenai pelancaran IPhone 5 dan IPhone 4S.

sumber gambar: thealantic

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...