Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Kapal terbang Airasia terhempas?

Betul ke ada kapal terbang Airasia terhempas? Pada yang belum tahu, sekarang ni agak kecoh dengan isu tentang kapal terbang Airasia AK5154 atau AK5145 terhempas pada Ahad lepas di Airport Kuching atau Airport KLIA. Berita tu tersebar dengan meluas melalui sms dan juga laman sosial.


Tapi sebenarnya apa yang jadi ialah ada orang yang sengaja menyebarkan berita palsu ni. Siapa dan apa motif penyebaran berita ini belum tahu lagi. Mungkin ada orang tak puas hati dengan Airasia kot. Penyebaran berita ini menyebabkan panik dikalangan penumpang Airasia.

Airasia telah pun membuat laporan ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM untuk siasatan lanjut dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat. Orang ramai juga dinasihatkan untuk berhubung terus dengan Airasia jika terdapat sebarang keraguan.

Jadi, kepada pembaca semua, janganlah kita cepat sangat mempercayai berita-berita yang disebarkan melalui sms atau laman sosial. Sekarang ni ramai orang telah menyalahgunakan kecanggihan teknologi yang ada. Kalau kita ada dengar sesuatu perkara yang kurang pasti sahihnya, baik berhubung terus dengan pihak yang berkenaan.

sumber: Bernama

4 komen:

Aida Ismail said... Best Blogger Tips

phewww. I thought that was true. just read the title of the entry terus click dekat ping blog 100penulis tuu. =D
glad that it was just a rumour.

c i [k] j e L i t a said... Best Blogger Tips

haihh spekulasi semata rupa nya

Reen Tart Nenas said... Best Blogger Tips

suka buat kecoh derang nie...

Azreem said... Best Blogger Tips

yeah..itu semua spekulasi..
kita jgn cepat percaya sgt khabar angin, especially yang hantar guna sms, email or social network.

Post a Comment

Bagi la komen sikit yer..

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...