Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Berita palsu kebocoran radiasi Fukushima?

Berita palsu yang disebarkan melalui pesanan teks dan email mengenai amaran radiasi yang disebabkan oleh kebocoran stesen nuklear Fukushima telah mencetuskan panik dikalangan penduduk Asia.

Letupan stesen nuklear Fukushima
Amaran yang dikatakan dikeluarkan oleh BBC melaporkan kebocoran tersebut telah melimpah sehingga ke luar negara Jepun. Ini telah menyebabkan huru-hara terutamanya di Filipina. Berita itu memberi amaran kepada penduduk untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan kesan radiasi dari stesen nuklear Fukushima.

BBC bagaimanapun menjelaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang pesanan teks atau berita seperti dilaporkan. Bencana yang sedang melanda Jepun ini telah menyebabkan peningkatan terhadap scam email, yang bertujuan menipu pengguna supaya memuat turun malware atau sekadar mencetuskan panik.

FAKE E-MAIL IN FULL

BBC Flash news : Japan Government confirms radiation leak at Fukushima nuclear plants. Asian countries should take necessary precautions. If rain comes, remain indoors first 24 hours. Close doors and windows. Swab neck skin with betadine where thyroid area is, radiation hits thyroid first. Take extra precautions. Radiation may hit Philippine at around 4 pm today. If it rains today or in the next few days in Hong Kong. Do not go under the rain. If you get caught out, use an umbrella or raincoat, even if it is only a drizzle. Radioactive particles, which may cause burns, alopecia or even cancer, may be in the rain.
Jabatan Sains dan Teknologi di Filipina telah pun membuat sidang berita untuk memaklumkan penduduk yang mereka selamat daripada kesan radiasi Fukushima, walaupun tahap radiasi mungkin meningkat di Jepun.

Pada hari Selasa lepas, reaktor 2 di stesen nuklear Fukushima menjadi yang ketiga meletup dalam masa empat hari selepas bencana melanda.


Daerah yang terjejas teruk oleh tsunami

sumber: BBC news

0 komen:

Post a Comment

Bagi la komen sikit yer..

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...