Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Syarat baru BNM bagi memohon kredit kad berkuatkuasa


Baru-baru ini Bank Negara Malaysia telah mengumumkan beberapa syarat baru bagi bakal-bakal pemohon kad kredit. Ia mula berkuatkuasa serta merta pada 18 Mac 2011. Ini adalah salah satu langkah kerajaan dalam menangani masalah muflis dikalangan golongan muda. Walaupun mungkin ramai dah tau syarat-syarat ni, tapi aku ingin berkongsi dalam blog ni. Bak kata orang putih, 'Sharing is caring..'

Syarat 1. Untuk mendapatkan kad kredit baru memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.

Syarat 2. Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.

Syarat 3. Mereka yang sedia ada memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberi tempoh sehingga akhir tahun ini (2011) untuk menentukan pengeluar kad yang menjadi pilihan.

Syarat 4. Tempoh masa sekurang-kurangnya dua tahun diberikan kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang dibatalkan.

Syarat 5. Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan mereka dengan setiap pengeluar.

Contoh: Jika pendapatan tahunan anda RM36000, maka pendapatan bulanan anda adalah Rm3000, had maksimum kredit anda adalah Rm6000 sahaja!

Syarat 6. Bagi mereka yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan tempoh penangguhan selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baru ini.

sumber gambar: Berita Harian

5 komen:

Norasikin said... Best Blogger Tips

Saya tak akan menggunakan kad kredit. Kalau tak de duit, saya akan buat cara orang tak de duit. Kalau setakat kemudahan untuk membayar, kad atm pun dah boleh guna skrg ni

Azreem said... Best Blogger Tips

Norasikin: Sebenarnya kalau ada keperluan, baru guna kredit kad. Kena ada disiplin tinggi bila dah start guna. Tapi sekarang ni memang senang sikit sebab kad atm dah boleh guna sebagai debit kad.

yo87 said... Best Blogger Tips

kawe add doh link demo kat footballcrazie. nnti jgn lupo add link kawe plok deh. hehe

footballcrazie
http://footballcrazie.blogspot.com

YUL said... Best Blogger Tips

tak cukup limit kot nak pakai kredit kad, huhu

Azreem said... Best Blogger Tips

yo87: bereh boh..kawe dah add pun demo..hehehe
yul: takpe..selagi belum perlu, jgn guna lagi..

Post a Comment

Bagi la komen sikit yer..

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...