Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Berita baik kepada peminat EPL!!


Adakah anda peminat setia English Premier League (EPL)? Anda penyokong Liverpool? Chelsea? Atau anda setia bersama skuad Harimau Malaya? Berita baik untuk anda semua. Liverpool dan Chelsea akan bertandang ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan dengan skuad Malaysia tidak lama lagi.

Tarikh sebenar untuk perlawanan persahabatan tersebut masih didalam tempoh perancangan. FAM telah pun mendapat lampu hijau daripada kedua-dua kelab tersebut dan berkemungkinan perlawanan akan diadakan pada bulan Julai 2011.

Perlawanan yang melibatkan kedua-dua pasukan ternama EPL itu dijangka akan diadakan selang 3 ke 4 hari. Dijangka juga akan ada satu lagi pasukan EPL akan datang tapi masih belum ada kepastian. Ini adalah kunjungan pertama Liverpool ke Malaysia. Kunjungan terakhir Chelsea ke Malaysia menentang skuad Malaysia ialah pada tahun 29 Julai 2008 di mana Chelsea menang 2-0.

Kalau betul jadi perlawanan persahabatan ni, aku yakin skuad Malaysia kali ni dapat bagi saingan sengit dekat Liverpool dan Chelsea. Dalam masa 3 tahun ni, banyak kejayaan-kejayaan yang skuad bolasepak Malaysia telah bawa diperingkat kebangsaan.

Kepada peminat fanatik EPL semua, kita nantikan tarikh perlawanan sebenar nanti!! Walaupun aku suka tengok EPL, tapi aku sokong skuad Malaysia..hehehe..

0 komen:

Post a Comment

Bagi la komen sikit yer..

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...