Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Malaysia ke pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012

Semalam aku dengan isteri semangat duduk depan tv, dan standby makanan sebab kami nak tonton siaran langsung Malaysia vs Pakistan untuk ke pusingan seterusnya bagi kelayakan Olimpik 2012. Perlawanan ini merupakan perlawanan di tempat lawan, iaitu Stadium Punjab, Pakistan. Malaysia sebelum ini menang ditempat sendiri dengan mata 2-0.
 

Tapi, perlawanan yang sepatutnya disiarkan secara langsung jam 10.50pm melalui RTM1 dan Astro Arena tidak dapat disiarkan disaat-saat akhir kerana mereka menghadapi sedikit masalah teknikal. Astro Arena ada menyatakan masalah dihadapi kerana pihak penyiaran pakistan mempunyai masalah untuk menghantar transmisi satelit ke Malaysia. Kami agak kecewa malam tu sebab tak dapat nak bagi sorakan untuk Malaysia.

Hari ni aku sempat cari info keputusan perlawanan semalam. Malaysia sekadar seri 0-0 dengan Pakistan. Walaupun seri, tapi Malaysia menang dengan aggregat 2-0. Ini melayakkan Malaysia ke pusingan seterusnya bagi Kelayakan Olimpik 2012.

Sedikit review yang aku dapat baca ialah pada first half, Pakistan lebih banyak menyerang gawang Malaysia serta lebih banyak mengawal bola. Dua pemain Malaysia telah dilayangkan dengan kad kuning. Pada second half, Malaysia telah mula menguasai padang dan berpeluang membuat cubaan gol tapi terkena palang. Malaysia mempunyai tiga peluang menjaringkan gol tapi tidak menjadi. Mungkin disebabkan faktor suhu yang mencapai 12 darjah celcius sewaktu perlawanan berlangsung.

Apa pun, kepada skuad Malaysia, teruskan perjuangan dan jangan mudah mengaku kalah. Bak kata-kata semangat  kawan aku dulu, "No Retreat, No Surrender" hehehe...

1 komen:

Reen Tart Nenas said... Best Blogger Tips

ok ok ... saye follower tegar kamu!

Post a Comment

Bagi la komen sikit yer..

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...