Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Jualan bebola agar-agar diharamkan KPDNKK

Korang tau apa dia bebola agar-agar ni? Aku rasa kebanyakan surirumah atau para isteri yang suka letak pokok dalam rumah tau benda ni. Bebola agar-agar ni biasanya diletakkan dalam pasu bunga untuk hiasan dalam rumah. Contohnya macam gambar kat bawah ni:

sumber gambar: Berita harian



Namun, KPDNKK telah mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar mulai hari ini kerana ada beberapa kes dimana kanak-kanak meninggal akibat tertelan agar-agar ini. Mungkin mereka nampak agar-agar ini seperti sesuatu yang boleh dimakan.

Petikan lanjut berita adalah seperti dibawah:

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.

Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.

Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.

"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.

Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.

Sumber: berita harian

2 komen:

A D M I N said... Best Blogger Tips

benda alah nie mmg bahaya terutama kat kanak-kanak, bagus lah kalau diharamkan...

Azreem said... Best Blogger Tips

@Mr Rileks itulah..benda yang merbahaya patut tak boleh jual.

Post a Comment

Bagi la komen sikit yer..

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...