Berita baik kepada pasangan yang belum berkahwin atau bercadang untuk berkahwin tidak lama lagi. Pihak JAKIM telah membuat keputusan untuk mengekalkan tempoh kursus perkahwinan selama 18 jam (2 hari).
Isu mengenai cadangan memanjangkan tempoh kursus perkahwinan ini timbul berikutan kes penceraian yang semakin meningkat membabitkan hampir 200000 pasangan dari tahun 2000-2010.
Sebenarnya, kursus perkahwinan ini hanya memberi panduan kepada pasangan yang ingin berkahwin tentang apa hukum pasangan suami isteri serta panduan bagaimana menangani konflik dalam rumahtangga. Selebihnya, pasangan itu sendiri perlu bersedia dan sentiasa bertolak ansur.
Jadi, bakal suami atau isteri kena bersiap sedia dalam menghadapi alam perkahwinan. Semasa bercinta, memang semuanya best. Tapi bila dah kahwin, kita kena sentiasa bersabar sebab tuhan akan menguji dengan bermacam ujian.
Sumber: Berita Harian
1 komen:
nasib baik kite dh kawen. tp mmg best la kursus kawen.
Post a Comment
Bagi la komen sikit yer..