Pada 19 March 2011 aku dan isteri pergi ke Putrajaya bagi menyaksikan Pesta Belon Udara Panas (
3rd Putrajaya International Hot Air Balloon). Untuk pengetahuan, pesta ini sebenarnya telah berlangsung selama 4 hari, iaitu dari 17 - 20 March 2011.
Kami sampai agak lewat jugak, dalam pukul 6.00 petang sebab kami gerak terus dari Kuantan pada hari tu. Sampai je kat sana, memang seperti dijangka, orang penuh mengunjungi pesta tu. Disebabkan cuaca hujan lebat masa sebelum kami sampai, maka banyak jugak belon udara panas yang tengah nak dinaikkan. Mungkin masa hujan tadi, semua belon-belon panas diturunkan dahulu.
|
Pemandangan semasa kami baru sampai. Nampak tak banyak belon yang baru dinaikkan? |
|
|
Pesta ini disertai oleh ramai peserta dari pelbagai negara, antaranya selain Malaysia ialah dari Perancis, USA, Jerman, Jepun, Belgium, Switzerland, Vietnam, Belanda dan banyak lagi. Ada bermacam bentuk serta pelbagai warna belon udara panas yang ditayangkan. Dari yang berbentuk bulat, belon terbalik, kecil, besar, serta belon berbentuk watak kartun seperti Doraemon dan Darth Vader (Star Wars) dibawa ke Malaysia. Untuk dapatkan lebih maklumat lanjut, boleh tengok kat
sini.
|
Antara belon yang isteri aku suka. Pemilik belon ialah Gary More dari USA |
|
|
|
|
Selain melihat belon udara panas, pengunjung juga berpeluang menaiki belon udara panas dengan kadar bayaran yang bagi aku berbaloi untuk pengalaman. Harga tiket cuma RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Hanya dua sesi pada setiap hari diperuntukkan untuk pengunjung, iaitu pada 8.00 - 11.00 pagi dan 6.00 hingga 9.00 malam. Tiket pada sesi pagi dijual dari jam 7.30 pagi dan sesi petang bermula jam 4.30 petang. Pada setiap sesi dihadkan untuk 300 orang pengunjung sahaja. Aku dan isteri tak berpeluang nak naik sebab tiket memang cepat sold-out. Kaunter belum buka dah ramai orang beratur. Sedih tak berpeluang nak nak belon panas.
|
Jadual menaiki belon panas |
Pada waktu malam pula, ada pertunjukan bunga api kat situ. Serius memang best dapat tengok bunga api. Dah lama tak tengok. Last sekali masa ada pertandingan bunga api dekat Putrajaya, itupun beberapa tahun lepas, masa pertama kali pertandingan tu dianjurkan. Kebetulan masa pertunjukan bunga api tu ada pengunjung yang tengah naik belon udara panas, jadi memang beruntung orang tu sebab dapat tengok dari atas belon. Aku tengok dari bawah je.hahaha.
|
Untuk pengunjung dalam belon tu.. |
Dekat situ pun ada dibuka macam-macam jenis gerai jualan. Antaranya ialah gerai pakaian, mainan, dan gerai makanan. Mak aku pun berniaga kat situ. Sebab tu lah tujuan utama aku kesana. Mak aku berniaga macam-macam jenis pakaian dengan harga murah. Kebanyakan pakaian import dari Jepun. Aku pun ada jugak beli sehelai dua. Hahahaha..Dengan mak sendiri pun wajib bayar beb. Bisnes is bisnes.
|
Lampu ala tanglung berbentuk belon udara panas. Cantik kan? |
Tapi yang sedihnya tapak berniaga yang penganjur bagi terletak atas padang. Disebabkan hujan lebat petang tadi, tanah menjadi lecak. Kebetulan tempat lecak teruk betul-betul depan lot kedai mak aku. Hujan atau panas, kita memang tak boleh tentukan. Cuma aku harap next time penganjur boleh tukar tempat untuk gerai berniaga. Dekat tempat parking kereta pasar tani tu pun dah ok. Sekurangnya kalau hujan, tak berlecak.
|
Tanah yang berlecak teruk.. |
Malam tu aku beli air kopi yang memang sedap. Pertama kali minum kopi ni. Aku order kopie latte dan ayah aku minum air kopi lain, aku dah lupa apa jenis kopi ayah aku minum.
|
Memang sedap diminum.. |
Jadi kepada sesiapa yang masih sempat nak kesana hari ni, aku sarankan untuk korang pergi. Sebab peluang ni bukan datang selalu. Sekurang-kurangnya dapat membuka minda kita tentang kepelbagaian belon udara panas yang ada kat dunia ni. Jauh perjalanan, luas pengalaman. Chow..
5 komen:
best jugak erk. kali ni x dpt pergilah wpun dekat jek ni hah
Tq 4 sharing
nak naik belon
kalau kat ipoh ada. confirm aku pegi..huhu
belon doraemon ade jugak.
:D
kalau tempat lecak xbest la.
Salam .. wah seronoknya ... tak dapat pegi kali ketiga dah ..adehh ngidam la. DOk jauh sukar.
http://hasrulhassan.blogspot.com
Post a Comment
Bagi la komen sikit yer..