Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

Peluang memenagi Volkswagen Golf atau Blackberry Torch 9800




Peluang baik jika anda merupakan pengguna Celcom, sedang berada di luar negara dan bercita-cita untuk memiliki Volkswagen Golf atau mendapatkan telefon bimbit Blackberry Torch 9800.

Celcom bakal menjadikan impian anda satu kenyataan. Mulai 18 Januari hingga 12 April 2011, dengan hanya membuat panggilan ke Malaysia dari luar negara sebanyak 20 kali, anda berpeluang membawa pulang sebuah Volkswagen Golf yang sungguh ekslusif.

Manakala jika anda membuat panggilan ke Malaysia sebanyak 10 kali, ada berpeluang memenangi telefon pintar Blackberry Torch 9800. Sebanyak 10 unit Blackberry sedia untuk dimenangi setiap bulan.

Bagi aku, ini peluang yang tidak harus dilepaskan jika anda ke luar negara. Tiada sebarang pendaftaran pun. Cuma buat panggilan ke Malaysia dan hadiah mungkin menjadi milik anda. Celcom menawarkan penjimatan yang hebat apabila anda membuat panggilan dari luar negara.

Untuk penjimatan lebih hebat, anda boleh menggunakan Roam Saver *120*. Penjimatan lebih daripada 81% berbanding kadar roaming biasa. Cara membuat panggilan menggunakan Roam Saver *120*:

Key in *120* <Country Code> <Phone Number> # and press DIAL


source: Celcom
baca lagi >>

Promosi Handphone Samsung Ch@t 322



Post hari ni just nak share sikit info pasal handphone. Sebelum ni aku dan isteri jalan-jalan kat Sungai Wang sebab nak survey handphone untuk mak mertua. Kami ada cadangkan kat dia nak dapatkan handphone dual sim sebab mak mertua pakai dua nombor, Celcom dan Maxis. Jadi instead kena bawak dua phone, baik guna satu phone tapi boleh support dua line.

Phone dual sim ni ada dua jenis, iaitu 'dual sim standby' ataupun 'select standby'. Dual sim standby maksudnya kita boleh menerima panggilan menerusi kedua-dua sim secara serentak, manakala select standby, kita perlu menentukan terlebih dahulu sim yang hendak digunakan.

Kriteria kami ialah phone mesti dual sim standby. Macam kebanyakan orang tau, fungsi dual sim standby ni kebanyakan ada pada pada phone China je, dah la murah plak tu. Kalau ada nama-nama besar macam Samsung, Nokia, Sony Ericsson keluarkan, dah tentu harga tak boleh compare dengan phone China yang memang murah.

Tapi, Samsung telah mengeluarkan handphone dengan fungsi dual sim standby dengan harga yang mampu dimiliki. Kualiti handphone Samsung memang bagus dan interface juga dah banyak berubah berbanding dulu. Handphone itu ialah Samsung Ch@t 322, yang menggunakan rekabentuk QWERTY. 

Kami dah pun membeli phone tersebut dengan harga promosi, iaitu RM359. Memang berbaloi. Ada jugak orang komen yang phone tu tak boleh dual sim standby, kononnya Samsung tulis je lebih. Tapi kami dah test memang phone tu boleh menerima panggilan menerusi kedua-dua sim. Bila ada panggilan masuk, skrin akan menunjukkan sim yang menerima panggilan. Sama jugak untuk terima SMS.

Bila nak buat panggilan, kita cuma perlu pilih nak guna Sim 1 atau Sim 2 melalui butang 'select sim' pada sebelah kanan handphone. Lepas tu terus buat panggilan macam biasa. Memang mudah. Mak mertua aku pun dah pandai guna phone tu. Untuk spesifikasi phone, boleh klik sini.


Samsung juga ada buat promosi untuk telefon pintar model yang lain. Mungkin ini sejajar dengan belanjawan 2011 yang memansuhkan cukai telefon bimbit. Sesiapa yang berminat nak beli handphone Samsung baru, inilah masanya.. =)

p/s: saya bukan jual handphone hokey..cuma nak share info jer..
baca lagi >>

Entri Pertama - Matta Fair Kembali

Untuk entri pertama, aku cuma nak menghebahkan yang MATTA FAIR telah KEMBALI!!!



Ini berita baik untuk aku sebab aku sangat suka nak gi jenjalan bersama isteri tersayang, sebab kami kurang berpeluang untuk berjalan-jalan sangat selepas kahwin...atas sebab-sebab tertentu...Tapi kami redha serta sabar dengan segala dugaan yang kami hadapi :)

Sesiapa yang bercadang untuk pergi bercuti pada tahun ini juga amat digalakkan untuk membuat tempahan pada masa ini kerana promosi yang ditawarkan memang menarik. Dah ramai rakan-rakan pejabat yang ambil pakej cuti tahun lepas masa MATTA FAIR. Semua cakap memang berbaloi. Aku pun taknak terlepas peluang pada tahun ni.


Promosi MATTA FAIR akan berlangsung bermula 11 - 13 Mac 2011 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.

Salah satu promosi menarik sempena MATTA FAIR yang ditawarkan adalah daripada BERJAYA Hotel & Resorts. Antara lokasi percutian di Tioman, Redang, Langkawi serta banyak lagi. Kalau bukan promosi, harga asal hotel dan resort Berjaya memang mahal, sepadan dengan perkhidmatan dan servis yang diberikan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk buat tempahan cepat masa MATTA FAIR nanti.

Aku pun taknak ketinggalan jugak!! :)

Klik untuk besarkan gambar
baca lagi >>

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca