Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Menarik di ABPBH 2010

Hampir 2 minggu sejak ABPBH 2010 melabuhkan tirai, iaitu pada 3 April 2011. Aku pasti, ramai yang amat berpuas hati dengan persembahan tahun ini. Serius aku cakap, aku rasa tahun ni memang tahun pelawak, terutamanya ramai yang dari raja lawak menjadi penghibur semua.

Kepada sesiapa yang mungkin belum tahu keputusan penuh pemenang ABPBH 2010, boleh buat carian di Google. Aku pasti banyak blogger lain yang dah masukkan keputusan tu dalam post mereka.

Tujuan aku kali ni bukan nak cerita panjang lebar tentang perjalanan ABPBH 2010, tapi aku cuma nak berkongsi dua perkara yang aku rasa amat menarik untuk ABPBH 2010, iaitu persembahan dato' siti nurhaliza dan juga pengaruh Usop Wilcha dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Mesti korang perasan yang persembahan siti nurhaliza kali ini ada gabungan dengan kumpulan k-pop, iaitu Wonder Girl. Agak comel juga siti bila menari ala-ala korea, bak kata isteri aku la. hehehe..Agaknya masa berlatih, mesti Dato K tersenyum panjang...Hahahah..gurau-gurau jer.. Siti memang berani buat pembaharuan setiap kali dia buat persembahan. Tahniah Dato' Siti. Ape pun, kita saksikan dulu perbandingan persembahan siti nurhaliza dan juga tarian wonder girls untuk korang bandingkan sendiri.


Persembahan Dato' Siti Nurhaliza ABPBH 2010


Tarian Wonder Girl dalam Nobody

Satu lagi fenomena besar ialah Usop Wilcha!! Ahaha..Memang besar pengaruh Usop Wilcha, hasil lakonan beliau dalam Hantu Kak Limah. Aku rasa lawak Usop lebih meriah mengalahkan lawak raja lawak..hahaha..sampai sakit perut aku gelak. Hari ni pun masih orang bercerita tentang lawak beliau masa ABP. Jom kita layan aksi beliau hari tu.


Usop wilcha dan johan raja lawak

Akhir sekali, harap ABP tahun depan akan jadi lebih meriah. Selamat menonton!! :)

3 komen:

Sharinginfoz said... Best Blogger Tips

pengaruhnya masih kuat sekarang

Azreem said... Best Blogger Tips

yep..memang fenomena betul usop wilcha ni..hahaha

Terbelog said... Best Blogger Tips

terbaek la usop

Post a Comment

Bagi la komen sikit yer..

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...