Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Seks punca strok?


Hari ni dalam berita harian ada satu artikel menarik bertajuk 'seks penyebab strok: kajian'. Kajian telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Belanda selama 3 tahun membabitkan seramai 250 pesakit.

Penyelidik dari Universiti Medical Center di Utrecht, Belanda menjalankan kajian terhadap 250 pesakit selama tiga tahun untuk mencari punca faktor berisiko yang meningkatkan tekanan darah dalam tempoh singkat, sekali gus mengakibatkan ‘ledakan’ dalam pembuluh darah. 
Aneurysms adalah bengkak arteri yang lazimnya tidak mendatangkan masalah serius tetapi apabila bengkak melarat dan pecah, ia boleh mengakibatkan strok.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan berjudul Strok: Journal of the American Heart Association, mendapati punca utama arteri pecah adalah tabiat minum kopi yang menyumbang kepada 10 peratus kes.

Faktor lain termasuk senaman berlebihan (7.9 peratus), menghembus hingus (5.4 peratus), melakukan hubungan seks (4.3 peratus), meneran ketika membuang air besar (3.6 peratus), minum air berkarbonat (3.5 peratus), terkejut (2.7 peratus) dan marah (1.3 peratus).

Kajian itu mendapati kopi meningkatkan risiko arteri pecah sehingga 70 peratus sementara terperanjat meningatkan risiko kepada 23 kali ganda.
Dr Monique Vlak, yang mengendalikan kajian itu memberitahu Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) bahawa semua cetusan itu menyebabkan peningkatan tekanan darah secara tiba-tiba dalam tempoh singkat yang menjadi punca biasa arteri pecah.

“Kajian ini berkaitan dengan mereka yang mempunyai aneurysm otak yang tidak dirawat. Ia sering menyebabkan dindingnya membengkak. Jika pecah, ia akan menyebabkan strok yang dikenali sebagai subarachnoid hemorrhage.

“Ia babitkan pendarahan antara membran yang meliputi otak,” kata Vlak.
Tapi hasil kajian masih belum konklusif lagi dan masih memerlukan kajian lanjut.

sumber: berita harian

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...