Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Ujian Superbus di Abu Dhabi

Sebuah Superbus berkelajuan sehingga 250km/j akan diuji oleh Jabatan Pengangkutan Abu Dhabi lewat hujung bulan ini. Ini menunjukkan bahawa kenderaan tersebut akan membuat kemunculan rasmi di negara itu tidak lama lagi, menurut laporan akhbar Khaleej Times.

Kenderaan ini dibina menggunakan gabungan teknologi Formula 1 dan kejuruteraan Aerospace. Menggunakan Superbus, waktu perjalanan dari Dubai ke Abu Dhabi dapat dipendekkan sehingga 30 minit. Buat masa ini, perjalanan sejauh 130km itu mengambil masa satu jam setengah hingga dua jam untuk tiba.

Superbus ini dikuasakan oleh 1,200kg batteri lithium iron phosphat dan dikatakan bakal menjadi pengangkutan awam utama pada masa hadapan.

Dimensi Superbus ini adalah 15 meter panjang dan 2.5 meter lebar yang mana mirip dengan bas konvensional tapi mempunyai ketinggian hanya 1.7 meter disebabkan susunan tempat duduk penumpang.

Projek yang dikendalikan oleh TU Delft University, Belanda ini telah bermula sejak tahun 2004 lagi dengan ujian pertama dikendalikan pada tahun September lepas.





sumber: Bernama

0 komen:

Post a Comment

Bagi la komen sikit yer..

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...