Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Tempoh kursus perkahwinan dikekalkan

Berita baik kepada pasangan yang belum berkahwin atau bercadang untuk berkahwin tidak lama lagi. Pihak JAKIM telah membuat keputusan untuk mengekalkan tempoh kursus perkahwinan selama 18 jam (2 hari).



Isu mengenai cadangan memanjangkan tempoh kursus perkahwinan ini timbul berikutan kes penceraian yang semakin meningkat membabitkan hampir 200000 pasangan dari tahun 2000-2010.

Sebenarnya, kursus perkahwinan ini hanya memberi panduan kepada pasangan yang ingin berkahwin tentang apa hukum pasangan suami isteri serta panduan bagaimana menangani konflik dalam rumahtangga. Selebihnya, pasangan itu sendiri perlu bersedia dan sentiasa bertolak ansur.

Jadi, bakal suami atau isteri kena bersiap sedia dalam menghadapi alam perkahwinan. Semasa bercinta, memang semuanya best. Tapi bila dah kahwin, kita kena sentiasa bersabar sebab tuhan akan menguji dengan bermacam ujian.

Sumber: Berita Harian
baca lagi >>

Jualan bebola agar-agar diharamkan KPDNKK

Korang tau apa dia bebola agar-agar ni? Aku rasa kebanyakan surirumah atau para isteri yang suka letak pokok dalam rumah tau benda ni. Bebola agar-agar ni biasanya diletakkan dalam pasu bunga untuk hiasan dalam rumah. Contohnya macam gambar kat bawah ni:

sumber gambar: Berita harian



Namun, KPDNKK telah mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar mulai hari ini kerana ada beberapa kes dimana kanak-kanak meninggal akibat tertelan agar-agar ini. Mungkin mereka nampak agar-agar ini seperti sesuatu yang boleh dimakan.

Petikan lanjut berita adalah seperti dibawah:

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.

Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.

Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.

"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.

Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.

Sumber: berita harian
baca lagi >>

Kejadian ragut semakin berleluasa


Hari ni dalam suratkhabar ada satu lagi kisah ragut yang berlaku dekat Kuantan. Kejadian melibatkan seorang warga emas yang sedang dalam perjalanan balik dari klinik. Korang boleh baca petikan akhbar dibawah:

KUANTAN: Ibarat jatuh ditimpa tangga, seorang wanita warga emas yang tidak sihat hilang rantai emas bernilai RM3,000 apabila diragut lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke klinik.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Nordin Mustapha, berkata mangsa yang berusia 68 tahun itu keluar bersendirian dari rumahnya di Bera untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Triang.

"Dalam kejadian 11 pagi Jumaat lepas itu, wanita terbabit sedang melintas jalan apabila dihampiri seorang lelaki bermotosikal yang bertindak meragut rantai lehernya," katanya.

Warga emas terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan polis sedang mengesan suspek

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Aku pun tak tau apa jenis manusia dorang ni, sampaikan warga emas pun sanggup nak ragut. Nasib baik tak ada apa-apa kecederaan kritikal. Aku doakan peragut tu dapat diberkas polis dan dikenakan hukuman setimpal.

sumber: Berita Harian
baca lagi >>

Cuba cari benda yang tak betul..

Cuba anda semua cari apa benda yang tak betul dalam semua gambar-gambar yang diletakkan kat sini..












Terbaik... :)
baca lagi >>

Tarian turki yang gempak

Dah agak lama tak update blog. Untuk kali ni, aku cuma dapat idea untuk share satu video menarik. Korang pernah tengok tarian Turki? Serius tarian ni memang gempak..Kalau berminat nak tau, boleh la layan video ini yer.. :) Mana tau boleh cuba nanti...


Amacam...power tak? ;p
baca lagi >>

Dua versi pemenang rancangan Got To Dance

Saksikan dua persembahan mantap daripada pemenang rancangan Got To Dance siri 1 dan siri 2. Saja nak share sebab aku baru je layan. Pemenang Siri 1 bernama Akai, budak berumur 10 tahun dan pemenang siri ke 2 adalah Chris dan Wes. Memang mantap tarian dorang.

1. Akai - Juara Got To Dance 1



2. Chris and Wes - Juara Got To Dance 2


Nanti tengok la kat Malaysia kot2 ada Got To Dance Malaysia...hehehehe...
baca lagi >>

Ciptaan berteknologi tinggi yang ganjil

Setelah lama tak buat post baru sebab agak busy sket, hari ni aku cuma letak gambar je. Tentang apa? Tentang ciptaan berteknologi tinggi yang canggih tetapi agak ganjil dan pelik. Jom layan dulu gambar-gambar ni.













Ada komen? hahahaha...
baca lagi >>

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca