Aku sendiri pun belum mampu nak beli IPhone lagi, walaupun agak berminat dengan IPhone 4. Sebab design dia agak menarik walaupun ada beberapa isu dengan handphone tu. Nak tau isu apa? boleh baca post aku kat sini.
Aku rajin jugak tengok dan bezakan pakej harga IPhone yang dibekalkan oleh Celcom, Digi dan Maxis. Jadi kat bawah ni aku listkan ringkasan sebagai rujukan semua yang memerlukan.
1. Celcom IPhone 4 pakej
Syarat-syarat:
a) Upfront payment bergantung kepada jenis pakej serta kontrak (12/24 bulan) yang dipilih.
b) Upfront payment akan dibahagikan dengan 12 bulan dan dijadikan sebagai rebate untuk pelan IPhone yang dipilih.
2. Digi IPhone 4 pakej
Syarat-syarat:
a) Upfront payment sebanyak RM1,990 bagi IPhone 16GB dan RM2,390 bagi 32GB.
b) Hanya kontrak 24 bulan yang ada.
3. Maxis IPhone 4 pakej
Syarat-syarat:
a) Upfront payment bergantung pada pakej dan tempoh kontrak.
- iValue 1 : RM400 for 24 months contract, RM200 for 12 months contract
- iValue 2 : RM620 for 24 months contract, RM200 for 12 months contract
- iValue 3 : RM1250 for 24 months contract, RM500 for 12 months contract
- iValue 4 : RM2000 for 24 months contract, RM1000 for 12 months contract
Ada pro dan con untuk setiap pakej yang ditawarkan. Sebagai contoh, jika anda bercadang untuk mendapatkan IPhone 3 16GB dengan harga paling murah dgn pakej terendah, maka Celcom memenuhi pilihan anda kerana harga IPhone+upfront payment cuma RM1,568.
Jika anda tidak kisah dengan wang pendahuluan tapi mementingkan pakej bulanan yang rendah, Digi merupakan pilihan untuk anda kerana pakej bulanan terendah yang ditawarkan untuk 24 bulan cuma RM53.
Jadi, pilihan ditangan anda...harap informasi ini dapat membantu anda buat pilihan. :)
4 komen:
kita tunggu ip5 je le, tgk apa innovatif baru yg Apple boleh offer, dr segi software dan jgk hardware..
Tp so far, iOS 5 byk amik feature dr Android..
nak iphone jugak. ikut pakej tu pun, still xmampu jugak :p
@fADzly (wAK) itu la pasal..dgr cite memang banyak ikut features Android. Nak lawan Android la tu. Tapi Apple kedekut, tak nak open source.. :P
@Reen Tart Nenas nanti i belikan u..
Post a Comment
Bagi la komen sikit yer..