Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Showing posts with label lucu. Show all posts
Showing posts with label lucu. Show all posts

Cara orang bijak bekerja

Apa perasan korang bila setiap kali sampai hari isnin? Sure ramai yang 'monday blues'. Aku pun tak terkecuali. Jadi hari ni, aku nak bagi satu petua macam mana cara untuk bertahan dalam ofis jika anda bosan. Tapi aku tak bertanggungjawab yer.. :p



Amacam...berguna tak petua ni? Hehehehe...
baca lagi >>

Van Yakuza di Jepun

Korang pernah tengok kereta geng Yakuza kat Jepun? Kalau teringin nak tengok, kat sini aku sertakan sedikit daripada kereta yang ada...Hehehehe...






baca lagi >>

Bayi kembar bersembang

Tengah lepak sambil layan internet, terjumpa video ni tentang sepasang kembar bersembang sesama mereka. Aku pun agak pening tengok tapi memang kelakar.. Jom layan dulu..



video source: youtube
baca lagi >>

Lawak April Fool??

Anda tahu apa itu Fokker? Fokker ialah sejenis kapal yg digunakan dikawasan pendalaman yang tidak terbang setinggi pesawat boeing yang boleh mencecah ketinggian 33 ribu kaki.

Dalam ertikata lain, pesawat fokker ni terbang rendah la dan menggunakan kipas di kiri dan kanan sayapnya. Fokker biasanya digunakan bagi penerbangan di Sabah dan Sarawak tapi telah ditamatkan perkhidmatannya pada April 2010.

Al kisah seorang makcik menaiki pesawat fokker ni. Punya la excited makcik ni..al maklum first time naik kapal terbang.

Setelah lima minit terbang, makcik ni dah cuak dan mengigil seluruh badan.

Muka makcik yang cuak ni telah menjadi perhatian peramugari bertugas.

"Ya puan, ada apa-apa yang saya boleh bantu untuk keselesaan puan" tanya peramugari bernama Siti Aisyah.

"errrrrr grrrr grrrr acik xtahan la nak...ssssseeeejuuuuukkkk !!!" gigil makcik yang bernama Hjj Kamariah

"Owh...! takpe ya puan...saya akan beritahu juruterbang" balas Siti Aisyah

"Beritahu juruterbang ??" Apooo dia boleh buek?" Puan Hjj Kamariah bersuara.

"Juruterbang boleh tutup kipas kapal kat luar tu...puan...tak perlu risau ya...Puan tidak akan kesejukan lagi" kata Siti Aisyah...

Anda rasa apa sebenarnya masalah si pramugari itu? Sila lah bagi pandangan anda diruangan komen yer.. :)
baca lagi >>

Apa pendapat anda tentang gambar ni?

Apa yang anda rasa bila tengok gambar ni? Hehehehe...


Pelik je aku tengok gambar ni..adoi..macam-macam manusia ada kat dunia ni..
baca lagi >>

Kenali taktik pasukan bolasepak antarabangsa

Anda nak tahu rahsia strategi permainan pasukan yang pernah memenangi World Cup sebelum ini?  Jom kita tengok corak permainan mereka yang sungguh dasyat ni...hehehehe...








Dasyat bukan? :)
baca lagi >>

Nak tahu 10 kasut termahal di dunia?

Biasanya kita cuma dengar orang cerita tentang 10 orang terkaya di dunia, 10 orang paling berpengaruh didunia, 10 jutawan internet di dunia, tapi kali ni aku nak share tentang 10 kasut paling mahal di dunia. Hehehehe... Kalau korang semua nak tahu, jom baca lebih lanjut.


#No1: Stuart Weitzman’s Rita Hayworth Heels
Harga: US$3 juta

 #2: Kasut Wanita Cinderella Stuart Weitzman
Harga: US$ 2 juta

 #3: High Heels Tanzanite Stuart Weitzman
Harga: US$ 2 juta

 #4: Stiletto Rubi Stuart Weitzman
Harga : US$ 1,6 juta

#5: Stiletto Guild Platinum Stuart Weitzman
Harga: US$ 1,09 juta

 #6: Retro Rose Stuart Weitzman
Harga: US$ 1 juta

 #7: Kasut Wanita 'The Wizard of Oz'
Harga: US$ 666 ribu

 #8: Stiletto Diamond Dream Stuart Weitzman
Harga : US$ 500 ribu

 #9: Kasut Milik Raja India
Harga: US$ 160 ribu

#10: Kasut Nike Dilapisi Berlian
Harga: US$ 50 ribu
Mesti korang perasan kebanyakan kasut termahal tu berjenama Stuart Weitzman. Korang pernah dengar tak jenama ni? Kalau tak pernah dengar, jenguk la kat sini.


So dah tau ni, boleh la kumpul duit dari sekarang...Beli kasut mahal-mahal..wahahahah...
baca lagi >>

Apabila RM50 bertemu RM1..


Pada suatu hari, duit seringgit terserempat dengan duit lima puluh ringgit. Mereka ni dah lama tak jumpa. Lalu kedua-dua mereka memulakan perbualan.

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" 
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" 

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk, 
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama............'SURAU...., MASJID......., SURAU........." 

p/s: Renung-renungkan...  smilesmile
baca lagi >>

Cili kena sunat..

Cili yang amat luar biasa. Gambar diambil dari ladang tanaman. Cili ini dikenali dengan nama 'Peter Peppers'..

Kita layan dulu...hehehe..





baca lagi >>

Cerita menantu yang luar biasa

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah, anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya- ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi. ..

Pengajaran: Jangan tinggal solat :)
baca lagi >>

Manusia bertukar warna?

Masa tengah-tengah baca blog dan web, tiba-tiba terjumpa satu post menarik dekat dailyawesomedose. Biasanya kalau kita tengok discovery channel kisah pasal sesumpah, pastinya salah satu benda yang akan diceritakan ialah binatang ini boleh menukar warna kulitnya mengikut warna keadaan sekitar. Macam gambar kat bawah ni:





 Tapi kalau manusia ada kebolehan ini, rasanya memang agak menakutkan. hahahaha..Tapi ada seorang manusia bernama  Liu Bolin dari China boleh menukar warna badan beliau ikut keadaan sekeliling. Siapakah beliau? Jeng..jeng..jeng..

Beliau merupakan seorang pelukis yang berbakat, dimana beliau boleh mewarnakan keseluruhan anggota badan beliau mengikut warna sekeliling, dan hasilnya memang kelihatan jelas sekali. Memang unik bakat yang ada pada beliau. Tanpa bercerita panjang, jom layan hasil-hasil artistik beliau...Aku memang jeles..hehehe..










  

p/s: korang nampak tak kat mana Liu Bolin menyorok? hehehehe..
baca lagi >>

Uncut scene Argentina vs German di World Cup 2010

Nasihat Maradona kepada Messi semasa perlawanan Argentina vs German di Piala Dunia 2010.

Klik untuk besarkan gambar..    






baca lagi >>

Beza antara bos dan pekerja

Anda berangan nak jadi bos? Tiada sesiapa pun yang nak kerja bawah majikan selama-lamanya. Tapi kenapa semua orang nak jadi bos? Sila saksikan video dibawah ini..hehehe..


Jadi, mulai hari ni, kerja kuat-kuat dan jadi bos..hehehe.. :)
baca lagi >>

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca