Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Samsung Galaxy W vs Sony Ericsson Xperia Neo V

Dah agak lama aku tak letak post baru dekat blog kecik aku ni. Mungkin sebab agak busy dalam bulan lepas, then tambah pulak kekurangan idea untuk tulis apa. Hehehe.. Jadi untuk hari ni aku rasa aku cuma nak cerita tentang dua android phone yang agak terbaru, iaitu Samsung Galaxy W dan Sony Ericsson Xperia Neo V.

Kenapa aku nak cerita pasal phone ni? Hehehe...sebab aku tengah survey-survey untuk tukar Xperia X8 aku yang dah agak makin slow ni. So alang-alang aku ada buat research sikit-sikit, jadi baik aku share kat sini je. Mana tau ada yang sama macam aku tengah buat perbandingan kedua-dua model ini.

Dekat bawah ni aku letak screenshot perbandingan spesifikasi berdasarkan kepada laman web mobile88.

Klik untuk besarkan gambar

So seperti yang korang boleh tengok, harga dan spesifikasi bagi dua-dua model ni tak jauh beza sangat. Yang mana aku highlight hijau tu maksudnya ada advantage berbanding competitor dia. Ini berdasarkan pemerhatian aku je la.

Apa yang aku dapat simpulkan, Samsung Galaxy W mempunyai kelebihan dari segi processing speed dan storage je sebab processor 1.4GHz dan internal storage 2GB. Kelebihan pada Xperia Neo V pula ialah display dan camera sebab menggunakan LED backlit dan juga fungsi 3D sweep pada camera.

Jadi untuk kegunaan aku, rasanya Xperia Neo V ni ok la kot. Bergantung pada macam mana korang nak guna Android phone korang, buatlah pilihan yang tepat kalau nak pilih nanti. Hehehe..

Terima kasih sebab baca blog aku ni..dan rajin-rajin la follow yer.. :)

6 komen:

Reen Tart Nenas said... Best Blogger Tips

memang la selow sbb asyik main sentinel jer.

Anonymous said... Best Blogger Tips

wat plak,perbezaan antara..antara jenis2 sony xperia

RExxER said... Best Blogger Tips

sama la..wa pon tgh banding kn dua2 ni gak..tgh confuse g ni

Anonymous said... Best Blogger Tips

Chaner ek nak tkar kepad msj dr international keypad 2 chinese keypad?? specialy xperia neo v..yg utk kgunaan msj

Anonymous said... Best Blogger Tips

bgos lgi SGW... laju... tepon aku langsung x lag... x tsekat2...

Dewi Aja said... Best Blogger Tips

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment

Bagi la komen sikit yer..

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...