Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Skim Rumah Pertamaku Dilancarkan!!

Gambar Bernama
Berita baik kepada golongan muda yang ingin membeli rumah. Kini Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri kita, Dato' Seri Mohd Najib pada hari ini.

Skim ini adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, bertujuan untuk mengurangkan beban generasi muda yang kini banyak berhadapan dengan masalah kos hidup tinggi dan peningkatan harga rumah yang mendadak.

Melalui skim ini, golongan muda dengan pendapatan kurang RM3,000 boleh mendapatkan pinjaman perumahan 100% bagi rumah berharga antara RM100,000 ke RM220,000 dengan tempoh pinjaman 30 tahun. Kerajaan melalui Cagamas Bhd akan menjamin pembayaran permulaan sebanyak 10%.

Antara bank yang bekerjasama dalan skim ini ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd, Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd and Cagamas Bhd.

Pendapat aku, skim ini amat bagus sebab sekarang ni memang ramai golongan muda yang dapat kerja bagus, gaji tinggi tapi tak dapat nak beli rumah pertama sebab mengalami masalah duit permulaan. Walaupun boleh guna duit EPF, tapi pengenalan kepada skim ini akan lebih membantu mereka. Kebanyakan golongan ini tiada masalah dengan pembayaran bulanan. Aku sendiri pun belum beli rumah lagi dan harapnya dengan pelancaran skim ni, aku dapat beli rumah pada tahun ini. Insyaallah.

p/s: Tapi dengan harga maksimum RM220,000 kebawah, mungkin agak susah untuk dapat di kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Kalau ada pun mungkin apartmen sahaja. Rumah teres rasanya memang susah nak dapat. Kawasan-kawasan lain mungkin boleh dapat lagi rumah teres harga bawah RM220,000. Kita tengok dan lihat lah nanti. Apa pun, terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil prihatin masalah ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai prosedur SRP ini, boleh hubungi Cagamas Bhd di sini.

Sumber: NST

3 komen:

Myvitrd said... Best Blogger Tips

semoga dapat membantu golongan berpendapatan rendah mcm saya

Azreem said... Best Blogger Tips

Myvitrd: harap langkah ni dapat membantu semua golongan berpendapatan rendah dan sederhana. :)

Reen Tart Nenas said... Best Blogger Tips

tak sabar siot nak beli rumah. tp nie kena check ngan bank jugak la, kalau rumah second, bleh ke?

Post a Comment

Bagi la komen sikit yer..

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...