Saiz kereta penumpang terbesar dalam sejarah adalah 15 kali lebih besar daripada kereta
Roadster Studebaker President Eight. Kereta tersebut dibina pada tahun 1938 dan walaupun tidak boleh bergerak, tapi saiznya amat mengagumkan semua. Namun kereta ini hanya terbiar dikawasan lapang selama 60 hari. Malangnya, nasib kereta ini tidak baik. Disebabkan penduduk tidak mahu kereta ini berada dikawasan lapang itu, mereka memutuskan untuk membakar terus kereta ini.
p/s: kite bakor jer..kite bakor jer.. :)
baca lagi >>
Korang pernah tengok kereta geng Yakuza kat Jepun? Kalau teringin nak tengok, kat sini aku sertakan sedikit daripada kereta yang ada...Hehehehe...
baca lagi >>
Trend petrol sekarang makin tidak menentu. Sekejap naik, sekejap turun. Tapi biasanya lebih kepada naik la. Walaupun kerajaan ada sediakan subsidi petrol kepada rakyat, tapi rasanya masih ramai pengguna kenderaan bermotor di Malaysia yang rasa terhimpit bila ada kenaikan harga petrol. Sebab apa? Kebanyakan rakyat Malaysia masih di tahap golongan rendah dan sederhana. Lihat saja carta harga bagi RON97 dibawah:
Sebab tu sekarang makin banyak pasaran kenderaan hybrid diperkenalkan di Malaysia. Tambah lagi dengan pengumuman kerajaan memansuhkan cukai bagi kenderaan hybrid, harga kenderaan tersebut makin murah. Contohnya Honda Insight, harga OTR cuma RM98,000, Honda Civic Hybrid berharga RM109,000 dan Toyota Prius RM139,000. Harga-harga ini setanding dengan harga pasaran kenderaan petrol, jadi pengguna mempunyai lebih pilihan.
Tapi, jangan terkejut bila ada juga pengeluar kenderaan terkemuka di dunia mengeluarkan kenderaan hybrid termahal di dunia. Harganya? Cuma
RM4.9 juta. Macam nak pengsan tengok harga. Tak tau la golongan mana yang mampu nak beli kereta ni. Pengeluar kereta tersebut ialah
Rolls Royce dan kenderaan tersebut diberi nama
Phantom EX102. Kereta tersebut dipamerkan pertama kali di
Pertunjukan Kereta Geneva, Switzerland.
Phantom EX102 cuma memerlukan 10sen bagi perjalanan sejauh 1.6 kilometer. Selain itu, ia mampu mencapai kelajuan 96km/j dalam masa 8 saat dan kelajuan maksimum ialah 200km/j. Jangka hayat bateri ialah 3 tahun jika digunakan dan dicas setiap hari. Memang boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan kereta hybrid yang lain.
 |
Rolls Royce Phantom EX102 |
Jadi, sesiapa yang berminat, boleh la hubungi Rolls Royce untuk membuat tempahan Phantom EX102. Rasanya aku kerja sampai dah tua pun tak mampu lagi nak bayar duit keta. Baik guna Proton Wira, murah je. Hahahaha...
baca lagi >>