Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Samsung Galaxy W vs Sony Ericsson Xperia Neo V

Dah agak lama aku tak letak post baru dekat blog kecik aku ni. Mungkin sebab agak busy dalam bulan lepas, then tambah pulak kekurangan idea untuk tulis apa. Hehehe.. Jadi untuk hari ni aku rasa aku cuma nak cerita tentang dua android phone yang agak terbaru, iaitu Samsung Galaxy W dan Sony Ericsson Xperia Neo V.

Kenapa aku nak cerita pasal phone ni? Hehehe...sebab aku tengah survey-survey untuk tukar Xperia X8 aku yang dah agak makin slow ni. So alang-alang aku ada buat research sikit-sikit, jadi baik aku share kat sini je. Mana tau ada yang sama macam aku tengah buat perbandingan kedua-dua model ini.

Dekat bawah ni aku letak screenshot perbandingan spesifikasi berdasarkan kepada laman web mobile88.

Klik untuk besarkan gambar

So seperti yang korang boleh tengok, harga dan spesifikasi bagi dua-dua model ni tak jauh beza sangat. Yang mana aku highlight hijau tu maksudnya ada advantage berbanding competitor dia. Ini berdasarkan pemerhatian aku je la.

Apa yang aku dapat simpulkan, Samsung Galaxy W mempunyai kelebihan dari segi processing speed dan storage je sebab processor 1.4GHz dan internal storage 2GB. Kelebihan pada Xperia Neo V pula ialah display dan camera sebab menggunakan LED backlit dan juga fungsi 3D sweep pada camera.

Jadi untuk kegunaan aku, rasanya Xperia Neo V ni ok la kot. Bergantung pada macam mana korang nak guna Android phone korang, buatlah pilihan yang tepat kalau nak pilih nanti. Hehehe..

Terima kasih sebab baca blog aku ni..dan rajin-rajin la follow yer.. :)
baca lagi >>

Angry Bird untuk Nokia

Berita baik kepada peminat permainan Angry Bird. Jika sebelum ini, Angry Bird cuma boleh dimainkan untuk IPhone dan Android phone, tapi kini pengguna Nokia pun sudah boleh memuat turun dan bermain permainan ini.

Percubaan di Nokia World telah dijalankan terhadap Nokia 40 series dan walaupun grafik tidaklah secantik dengan menggunakan IPhone ataupun Android, tapi cabaran yang diperkenalkan untuk versi Nokia ini adalah yang baru. Jadi tidak sama dengan versi IPhone dan Android.

Versi baru ini diperkenalkan untuk Nokia 40 series jenis touch screen sahaja. Jadi ini bermakna hanya model Nokia seperti C3-01 atau X3-02 sahaja yang menyokong versi baru Angry Bird ini. Versi percuma didatangkan dengan 15 level, dan jika anda ingin lebih level, kenalah beli versi penuh berharga $1.50 dari Nokia Ovi Store.



baca lagi >>

Warna mempengaruhi perbatuan kereta anda??

Warna sebenarnya boleh mempengaruhi perbatuan kereta anda. Satu kajian dari Makmal Berkeley Bahagian Teknologi Tenaga Alam Sekitar berkata bahawa dengan memilih warna yang betul, anda boleh menjimatkan lebih daripada 1.1% kepada bahan api anda.

Warna memantulkan lebih cahaya matahari yang mengenai kereta, dan warna-warna terang menyerap haba kurang dan seterusnya memerlukan kurang kuasa penyaman udara bagi mengekalkan bahagian dalam kereta sejuk. Putih dan Perak adalah yang paling memantul dan warna paling 'cool' tetapi penyelidik berkata bahawa terdapat "warna gelap cool" yang memberi pantulan baik dalam lingkungan inframerah di mana haba yang paling tertumpu.

baca lagi >>

Anda rasa anda hidup susah?

Adakah anda selalu rasa apa yang anda ada tak cukup? Ataupun anda rasa anda tiada sebarang kelebihan dan keistimewaan yang dapat memberikan anda kemewahan hidup.

Sebenarnya anda silap. Anda patut bersyukur jika anda dikurniakan anggota badan yang cukup seperti kaki, tangan, mata, dsbnya.

Sintayehu Tishale, berumur 42 tahun dan berasal dari wilayah Addis Abba, Ethiopia tidak mempunyai tangan tapi mampu menyara hidup dengan menjadi tukang kayu. Menarik bukan?

baca lagi >>

Terbaik dari Lotus

Siapa yang tak kenal dengan Lotus, pengeluar kenderaan yang terkenal dengan rekaan sistem pengendalian kenderaan terbaik didunia.

Dalam banyak-banyak kereta Lotus, ada dua yang menarik hati aku. Kereta ini cuma kereta konsep Lotus, tapi memang mengancam abis.


Powered by a 5.0 litre V8 pressure charged engine delivering up to 620 PS, the Esprit retains exceptional performance through it’s unique lightweight design making it the ultimate expression of Lotus supercar ownership. It is the supercar that will redefine ride and handling, performance, comfort and exclusivity.
















2. Lotus Elite

A front-mid positioned 5.0 litre V8 engine delivering up to 620 PS meaning drivers can expect to go from 0-100 km/h in approximately 3.7 seconds.





















Tak tau la bila boleh beli sebijik kereta macam ni..heheheh...
baca lagi >>

Pelajar pecah rekod baru kereta elektrik terlaju

Sebut pasal kereta elektrik, mesti ramai orang fikir yang kereta ni tak dapat bergerak laju sebab menggunakan kuasa bateri. Paling koman pun, 120km/h je. Ye la kan, kalau laju, karang cepat pulak habis bateri kereta tu. Hahaha..pepandai je aku.

Tapi sekumpulan pelajar kejuruteraan di BYU berjaya membina kereta berkuasa elektrik dengan kelajuan purata mencecah 240km/h. Serius laju gila kot. Kereta elektrik itu diberi nama Electric Blue diperbuat daripada gentian fiber selepas melalui beberapa proses rekabentuk.

baca lagi >>

Bayi gelak macam orang tua...

Pernah dengar bayi kecik gelak macam orang tua? Kalau tak pernah tengok, rajin-rajinlah tengok video kat bawah ni..Serius kelakar gila...hahahahaha...



Kelakar kan? Hehehehehe...
baca lagi >>

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca