Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Kejadian ragut semakin berleluasa


Hari ni dalam suratkhabar ada satu lagi kisah ragut yang berlaku dekat Kuantan. Kejadian melibatkan seorang warga emas yang sedang dalam perjalanan balik dari klinik. Korang boleh baca petikan akhbar dibawah:

KUANTAN: Ibarat jatuh ditimpa tangga, seorang wanita warga emas yang tidak sihat hilang rantai emas bernilai RM3,000 apabila diragut lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke klinik.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Nordin Mustapha, berkata mangsa yang berusia 68 tahun itu keluar bersendirian dari rumahnya di Bera untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Triang.

"Dalam kejadian 11 pagi Jumaat lepas itu, wanita terbabit sedang melintas jalan apabila dihampiri seorang lelaki bermotosikal yang bertindak meragut rantai lehernya," katanya.

Warga emas terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan polis sedang mengesan suspek

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Aku pun tak tau apa jenis manusia dorang ni, sampaikan warga emas pun sanggup nak ragut. Nasib baik tak ada apa-apa kecederaan kritikal. Aku doakan peragut tu dapat diberkas polis dan dikenakan hukuman setimpal.

sumber: Berita Harian

1 komen:

Reen Tart Nenas said... Best Blogger Tips

derang nie seme nak kena bakor je

Post a Comment

Bagi la komen sikit yer..

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...