Hidup Bukan Highway

Bukan sekadar melepak kosong..

Anda Nak SMS Percuma?

Jika anda merupakan seorang pengguna handphone yang sering menghantar sms kepada rakan-rakan, mungkin dalam lingkungan 100-200 sms sehari, pasti anda perasan bahawa bill atau prepaid anda sentiasa tinggi. Jadi, bagaimana anda dapat menghantar sms secara PERCUMA setiap hari? Whatsapp adalah jawapannya.


Whatsapp

Whatsapp merupakan satu aplikasi pelbagai platform berasaskan handphone yang membolehkan anda menghantar sms tanpa perlu membayar caj sms. Aplikasi ini boleh digunakan untuk semua handphone IPhone, Blackberry, Android dan juga Nokia. Aplikasi ini akan menggunakan data untuk menghantar semua pesanan anda. Jadi, jika anda telah melanggan pakej data untuk handphone anda, anda boleh menghantar sms percuma menggunakan aplikasi ini.

Konsep aplikasi ini lebih kurang sama dengan Blackberry messenger (BBM). Tapi untuk BBM, anda perlu mempunyai Blackberry dan code BBM rakan anda untuk boleh menghantar pesanan ringkas kepada rakan BBM anda. Kekurangannya ialah hanya rakan yang mempunyai Blackberry sahaja yang boleh menerima pesanan anda.

Dengan Whatsapp, anda hanya perlu install aplikasi ini ke handphone anda, secara automatik aplikasi ini dapat mengenalpasti rakan-rakan anda yang telah mempunyai aplikasi yang sama. Yang baiknya ialah menyokong pelbagai jenis handphone iaitu IPhone, Blackberry, Android dan Nokia. Aplikasi ini disediakan secara PERCUMA!!

Jadi, pada sesiapa yang belum mempunyai aplikasi ini, cepat-cepat install dan minta rakan-rakan anda untuk turut install aplikasi ini. Saya  pun dah install dan memang best!! Saya memang rekomenkan aplikasi ini..



 Sumber photo: Whatsapp

4 komen:

Usy@M^^ said... Best Blogger Tips

dh download.. Lps ni blh try..(^^)
KuRa-KuRa
-OR-
Don't Judge Too Quickly

Unknown said... Best Blogger Tips

Menarik! Pengguna Telefon Pintar wajib ada benda ni.. Cuma, musykil sket camna kiraan kos tu dilakukan.. Adakah ianya hanya bergantung dengan saiz data [1 page sms = bytes ?] Telco? Ehe.. ^^,

Azreem said... Best Blogger Tips

syamsul anuar: try cepat2..rugi tak try..aku memang puas hati dengan aplikasi ni..

Azreem said... Best Blogger Tips

samizul: kalau guna telefon pintar, biasanya memang dah subscribe pakej data sekali. So kalau dah ambil pakej unlimited, hantar banyak mana sms pun boleh..free je.rasanya sekali hantar baru berapa bytes sbb bentuk text.

Post a Comment

Bagi la komen sikit yer..

Followers

Klik dan Join Mereka

Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma

Blog Stats

feedburner

Komen terbaru

Suka Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...